Friday, November 21, 2008

HAKIKAT HIDUP RUMAHTANGGA....

RENUNGILAH....

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeruisterimu hanyalah wanita akhir zamanyang punya cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinanmengajar kita kewajiban bersamaIsteri menjadi tanah,
kamu langit penaungnyaIsteri ladang tanaman,
kamu pemagarnyaIsteri kiasan ternakan,
kamu gembalanyaIsteri adalah murid,
kamu mursyidnyaIsteri bagaikan anak kecil,
kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madukamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racunkamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkokberhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwauntuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justerukamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw..
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zamanyang berusaha menjadi soleh... amin

Untuk isteri pula.. renungkanlah...
pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
tidaklah setaqwa Ibrahimpun
tidak setabah Ayyubatau pun segagah Musa..
apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung,
kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal,
kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal,
kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja,
kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zamanyang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri...
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah......

2 comments:

Hany FF said...

nida,akak dah sampai sini dah. baru tau :)
ok keep on blogging and inspiring the ummis :)

ar_nieda said...

salam..
tq kak.
baca blog akak la kasik inspirasi kat saya...:)