Tuesday, January 6, 2009

aFiQ 1st day @ PASTI

Assalammualaikum w.b.t to all readers,
Alhamdulillah akhirnya anak teruna sulung ibu ayah masuk ke PASTI Ar-Raihan BK4. Afiq berumur 4 yrs pd 16/9/09, so actually dr segi umur still young for him to be with 5-6yrs kids, but Afiq quite matang (heheh) & bersemangat utk ke sekolah.....so.....let's preview some shots...


5.30 am - Dah bangun tido (wahh..mmg betul2 semangat)
7.30 am - Dah ready kat luar tunggu Van Sekolah....
8.00 am - Still waiting kat luar...Van tak sampai2?...ayah suruh pegi dulu dgn kereta ibu...
* Van jam daaa....isk..ade ke patut!
8.10 am - Sampai PASTI Ar-Raihan...
* Agak merisaukan bila Afiq tarikh baju ibu mintak masuk sama...then cikgu sambut..
alhamdulillah okayyy! :)
10.25 am - Masuk kereta ibu balik rumah?? :O
* Sepatutnya kelas habis 12.00 pm....apa dah jadi?


mmMMmm....Afiq ok, tak nangis, tak sedih...malah tak hiraukan ibu yg tgk dia dr luar tingkap..
amboi2...time rehat je Ayah masuh dlm PASTI untuk make sure everthing ok...habiss dia nampak Ayah...terus dapat ayah....& bermulalah kisah meragam Afiq selepas itu sampailah Ayah suruh balik je...ramai jugak kawan2 Afiq yg lain balik...hehe...bosan ke? budak...mana boleh tahan lama...

Tahniah to Abang kerana berjaya menguruskan PASTI Ar-Raihan. Namun perjalanan masih panjang...


Hari ini macam mana Afiq ek? Agak risau dengan kelasakannya....xpe2...semoga Allah jaga anak ibu ayah!


Till then...


Wasalam...


p/s: Pic sesat dr Title ini ditujukan khas kepada Abang.....we love you!




Friday, January 2, 2009

A day @ Zoo Negara

Salam to all,

Nampaknya ibu pun sama dengan Afiq & Alif yang baru berpeluang menjejakkan kaki ke Zoo Negara Malaysia. Alhamdulillah Afiq & Alif ada ayah & Tokpa yang sangat rajin melayan & rajin membawa jalan-jalan. Yelah zaman dulu2 keluarga ibu tak banyak duit nak jalan-jalan, abah pulak jenis suka pergi rumah sedara jek! :). Tapi takpe, ada hikmah kan.

Ok, jom kita share apa Afiq & Alif buat di Zoo Negara....

27 Dis 08 (Sabtu), kami keluarga besar, our family + family mertua (Tok Pa, Tok Ma, Uncle Aish,Uncle Ogy) + family Acu (adik Mak Abg) pergi ke Zoo Negara......
Masuk around 11 am, keluar around 4 pm....
Abang belanja tiket masuk - RM15 dewasa, RM8 kanak-kanak bwah 12 tahun....
Orang...punyala ramai...mmm...cuti sekolah kot.
Masuk tempat ikan first....Alif was so excited...& mcm little prince coz duduk dlm stroller...but sayang Alif takkan ingat semua2 kenangan tu...hopefully Afiq boleh ingat (heheh) & ceritakan dgn kawan2 di PASTI nanti!
Tiba-tiba ada new little prince dlm stroller....oh My God...baby besar namanya Afiq duduk dlm stroller coz Afiq minta ayah dukung dia, but ayah penat, ayah letak dia dlm stroller. Kehkeh...buruk perangai Afiq....dah besar panjang duduk dlm stroller. Yg kelakarnya, selisih dgn baby, baby tu tgk Afiq sambil terngaga mulut (hihih)...Sure dia terkejut tgk budak besar dlm stroller....Alif plak terpaksa mengalah, Alif jalan kaki aje...sampai dia penat & tertidur hampir 2 hrs...

Most of binatang yang ada agak kotor & tido zzzzZZzz ! Lion pulak tgk kitorg mcm takde semangat! Lalu Afiq pun mengaum 2 kali dekat lion tu "Aummm...Aummm". Still lion buat dont know...pengunjung2 plak yg terkejut ada anak lion mengaum kat luar kandang....:D. Isk..anak ibu ni...mmg sgt aggresif....

Pukul 3 pm, kitaorg tgk Multi Animal Show....mmm....boleh bagi rate 2 out of 5. WHY?
Kalau ada sesiapa yg pernah pegi ke Safari World @ Melaka, they can feel the difference of the show quality! 1st, tukang cakap nyer not so agresif & show no interest to handle the show. 2nd, tak banyak attractive animals yang buat show (hanya ada parrot, sea lion & enggang)...itu pun cuma buat stunt/aksi yg biasa2....not amaze audience, for me, not at all! Anyway, most important for kids, maybe for kids, they were having fun, hopefully!

Akhbar hari ini, menulis ZOO NEGARA MAHU CAPAI TARAF DUNIA....
antara kandungannya, penjenamaan semua Zoo Negara serta memperkenalkan kad kesetiaan kepada kanak2 sehingga 12 tahun, kanak2 bawah 12 tahun boleh masuk Zoo free selama setahun dgn bayaran hanya RM20 sekiranya menjadi ahli kad kesetiaan tersebut. Maknanya zoo negara semakin dipinggirkan, maka tercetusnya idea kad kesetiaan? Dr pandangan peribadi, a lots to improve especially dr segi kebersihan persekitaran & yang paling penting animals performance, so that people will remember Zoo Negara forever....my comment please!

Till then...wassalam....

p/s: Pics @ Zoo will be uploaded soon.

Wednesday, December 24, 2008

Sebulan lepas...

Salam...

Curi sekejap time kerja untuk update blog ni...baca blog rakan2 mendorong diri untuk update blog...many things to update..to share..to story..satu2...relax...:D

Bibik 'on leave'
Almost 2 weeks aku jadi bibik....selalu jadi chief bibik....:)...
apa lagi...jadi kandang harimau la rumah Simfoni...mengaum harimau setiap masa...hehe...
nasib baik ada penjaga harimau yag lembut & menegur (kehkeh...siapa tu ya?)..
biasala...lain org lain cara mendidik anak-anak...
anyway, alhamdulillah, this 2 weeks gave me more strength, patience & most important boleh manja2 lebih sikit dgn Alif & Afiq...imagine Alif hanya nak dengan bibik sahaja before this, even his ibu pun dia tak layan!
Whatever it is, sweet & sour, aku enjoy. spend time with Afiq & Alif for 24 hours. If ayah tak setuju (:P), u r definitely wrong! Luaran lain, dalaman lain...
Jauh di sudut hati, mmm its better to be at home doing chores than office work...really!!
(Ada org tu janji kata after 8 yrs i spend time with TM, pastu takyah kerja dah kan...yahooo!)

Happy Birthday Shima
Selamat hari jadi to Shima ...mioww...(Kalau alif, dia akan sebut 'aaauuuu')...seronok dapat bagi hadiah kegemaran Shima...of course roses! & so sorry for my absence during ur birthday celeb @ Dome...tak bisa! :)

Afiq & Alif
Afiq dah 3 tahun...Alif dah 1 tahun...besar dah anak2 ibu & ayah!

Afiq makin bertambah bijak...tetapi kedegilan + kuat merajuk tetap maintain...(turun perangai ibu)...
What's interesting about Afiq:
1. Dah mula conteng dinding rumah baru...uwaaa...nak tahu dia conteng apa? Afiq lukis gambar ibu & ayah
pegang tangan laaa...& tak lupa juga gambar bibik kesayangan dia.
2. Favourite's word Afiq beberapa minggu ni - " tak nak, tak suka". Nak suruh mandi pun cakap, "taknak, tak
suka", Nak suruh pakai seluar pun, "taknak, tak suka".
---> to Cik Ryn, Mek Su, Pot - pasti terkenangkan aku suka cakap "tak suka" dulu...ihiks
3. Afiq pandai cakap di telefon...
4. Afiq dah suka salam org tua....alhamdulillah....
5. Afiq dah bertambah sihat dr Nephrotic Syndromenya...alhamdulillah syukur kpd Allah! Antara doa ibu
& ayah siang malam!
6. Afiq suka dipuji...bila ibu ayah puji adik baik, Afiq pun cakap "Ibu ibu...afiq pun baik....hurmm"
7. Afiq pandai buat mcm2 object 3D Lego tanpa diajar & surprisingly objek yg dibuat seimbang :o...so far,
objek yg dibuat 1. pakai terbang (kapal terbang) 2. kek harijadi 3. pistol 4. rumah tokma 5. keretapi 6.
motosikal 7. bangunan 8. tangki air (kehkeh)
8. Ambil air sembahyang pun pandai...afiq tunjuk satu2 cara ambil wuduk...wuiishh..
.....banyak lagi....tak tercerita...bukan Afiq banyak tanya things pada ibu & ayah, tapi Afiq banyak explain
things ....so clever...alhamdulillah...moga Allah pelihara anak ibu & ayah dr kejahatan dunia...amin!!

Alif pulak...anak manja ibu ni mmg manja....geram!
Alif pandai tunjuk gigi & hidung bila ditanya....siap picit hidung ibu plak.
Alif pandai menari & menyanyi....fav song...lagu tv3....ibu nyanyi yg depan " na na na na na na....tv ti.." alif sambung " gaaaaaaa".....so cute tau!
Alif tunjuk benda dgn sambil cakap "niii"....semua brg mesti kata "niii"....ayah nak ajar cakap "tuuu" pulak.
Cara nak ajar Alif bercakap, kena minta tolong abangnya pronounce kan...then barula Alif nak cakap....
Alif mempunyai gigi yang besar seperti ibunya...tapi Alif ikut muka siapa? mmm...any comment guys?

Abang
Ahad lepas pergi shopping di Sogo dengan hubby. Thanks abang teman kan saya! Walaupun agak rush...tapi dapatlah barang yang dihajati...handbag & high heels...the best thing was dapat 1 kasut percuma!...hehe..bukan percuma dr SOGO, tp abang hadiahkan. This time abang's choice menepati citarasa aku...heh!
Abang quite busy lately...office & society...but still he spend precious time with me & kids! i try to understand...deep in my heart you are the best husband & loving father...kelemahan & kesilapan shouldn't be a reason to say that i'm not for you & you are not for me...Allah knows best! Love u ....

To all readers ----> Doa untuk pasangan click: http://bersamasuzana.blogspot.com/

Wah...'terlebih sudah'....jam sudah pukul 5.43 pm...time to go back!

Till then...wasalam...

Friday, November 21, 2008

HAKIKAT HIDUP RUMAHTANGGA....

RENUNGILAH....

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeruisterimu hanyalah wanita akhir zamanyang punya cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinanmengajar kita kewajiban bersamaIsteri menjadi tanah,
kamu langit penaungnyaIsteri ladang tanaman,
kamu pemagarnyaIsteri kiasan ternakan,
kamu gembalanyaIsteri adalah murid,
kamu mursyidnyaIsteri bagaikan anak kecil,
kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madukamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racunkamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkokberhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwauntuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justerukamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw..
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zamanyang berusaha menjadi soleh... amin

Untuk isteri pula.. renungkanlah...
pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
tidaklah setaqwa Ibrahimpun
tidak setabah Ayyubatau pun segagah Musa..
apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung,
kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal,
kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal,
kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja,
kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zamanyang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri...
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah......

mcm dalam drama...

assalammualaikum w.b.t...

hari ini aku jatuh kat bilik air office...trantuk kat sinki...aduh...lepas tu rasa mcm pelik...rasa ingat2 lupa & ada dunia baru....alhamdulillah takla sampai hilang ingatan!

ingatkan dlm drama je mcm tu....now i feel the real one...
hope everything is fine...takutnya...

Call abang tak dapat2....

Monday, November 17, 2008

5 Nov - with so many surprises!

Assalammualaikum w.b.t,


5 Nov 2008 - 27th !! Thanks kepada semua yang wish birthday. Kelainan tahun ini, i can say so many surprises la...
1. First surprise on 4th - Romantic dinner kat Menara KL with hubby....
2. Second surprise on 5th - Bouquet of Ferrero Rocher from hubby & my cuties (Afiq & Alif)...

3. Third surprise on 6th - Birthday celebration for me @ my office CSS...

Amat bersyukur dgn anugerah Allah dikelilingi oleh org2 yang menyayangi & disayangi! Can't wait for next year's surprise..haha....means can't wait for 28th???

But can't forget surprise yang Mar & the gang gave me 8 yrs ago. Di hostel MMU Melaka, Blok F2 (no bilik tak ingat dah)...punyala Mar kejut aku tidur kat sebelah bilik dia @12 am....masa tu mmg tak perasan langsung ada something...masuk bilik Mar, adela makcik2 (u all tahu la kan sapa) tu menyorok kat belakang pintu balkoni...just to surprise me with birthday cake! Masa tu mmg pelakon wanita terbaik la u all! May our friendship remain as one piece.

Here's some sweet moment photos to share with all...

Till then...wasalam...






Tuesday, November 4, 2008

FIRST ENTRY IN MY FIRST EVER BLOG

Alhamdulillah....
Sebuah blog telah saya create untuk tatapan hati suami yang sentiasa bersamaku, hati anak-anakku yang semakin membesar serta hati kawan-kawan yang menantikan kehadiranku berblog.
Tiada banyak yang yg ku ingin ucapkan selain rasa berbangga dengan kehadiran blog milikku...tempat mencoret cerita HATI arnieda...hari demi hari...insyaAllah...

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)